Kitar sel
Sel mengalami satu kitar hidup bermula dari peringkat satu sel sehinggalah ke peringkat di mana sel ini membahagi dan menghasilkan dua sel anak; kitar hidup ini disebut kitar sel. (Bagi manusia, kitar sel berlangsung selama 8 hingga 24 jam). Setiap kitar sel bagi sesuatu organisma terdiri daripada 2 fasa, iaitu interfasa dan fasa M/ pembahagian sel (mitosis diikuti oleh sitokinesis berlaku.
Interfasa
Peringkat interfasa juga dikenali sebagai peringkat rehat
dan merangkumi 90% daripada kitar sel. Interfasa merupakan peringkat sebelum
mitosis bermula di mana sel menggandaduakan bahan genetiknya sebagai persediaan
untuk pembahagian sel. Peringkat ini boleh dibahagikan kepada tiga subfasa,
iaitu: Peringkat G1 (pertumbuhan pertama)-- pertumbuhan sel dengan penghasilan
protein serta organel baru, Peringkat S (sintesis)-- sintesis DNA berlaku dan
kromosom mereplikasi, Peringkat G2 (pertumbuhan kedua)-- sel menjalankan
respirasi secara giat untuk menghasilkan banyak tenaga untuk pembahagian sel
yang bakal berlaku dan membentuk organel baru. Pada peringkat akhir interfasa,
nukleus kelihatan besar, kromosom tidak jelas kelihatan dan menyerupai bebenang
halus yang panjang (jalinan kromatin).
Peringkat G1
Pertumbuhan sel secara aktif dengan penghasilan sitoplasma,
protein dan organel baru. Fasa ini penting kerana pada
fasa ini, sel akan menentukan sama ada akan meneruskan kitar hidup yang
seterusnya. Jika keadaan sesuai atau baik, sel akan
memasuki fasa sintesis. Dalam fasa ini, kromosom amat
halus, terburai, dan tidak dapat dilihat menerusi mikroskop cahaya.
Dalam keadaan ini, kromosom dinamakan kromatin.
Rantai DNA yang tidak
berpintal memudahkan sintesis protein berlaku.
Peringkat S
Sintesis DNA (bahan genetik) berlaku.
Setiap kromosom mengganda menjadi dua
kromatid yang seiras.
Akibat replikasi, setiap kromosom terdiri daripada dua kromosom
seiras yang disebut kromatid. Dua kromatid tersebut berpaut di sentromer.
Peringkat G2
Melibatkan aktiviti metabolisme dan peringkat
pertumbuhan yang seterusnya.
Sel membuat persiapan terakhir untuk membahagi.
Protein dan enzim yang diperlukan dalam pembahagian sel disintesiskan.
Proses mitosis boleh dibahagikan
kepada 4 fasa/ peringkat iaitu: Profasa, Metafasa, Anafasa, dan Telofasa.
Sebelum mitosis bermula, sel berada dalam peringkat interfasa.
Index Page2 Page3 Page4 Page5 Page6