Make your own free website on Tripod.com

Biologi -- Pembahagian Sel

Peringkat Mitosis dan Aplikasi Mitosis

Peringkat-peringkat Mitosis

Profasa

Nukleolus hilang. Kromosom menjadi padat, berpilin, menebal, dan memendek. Ini memastikan kromosom dapat bergerak bebas dalam peringkat seterusnya. Pada masa ini, kromosom dapat dilihat melalui mikroskop cahaya. Kromosom kelihatan terdiri daripada dua bebenang seiras yang dinamakan kromatid kembar. Kedua-dua kromatid bercantum di sentromer. Pada peringkat akhir profasa, membran nukleus terurai dan gentian gelendong mula terbentuk dalam sitoplasma. Kromosom mula bergerak ke satah khatulistiwa. Gentian gelendong menghubungkan sentromer dengan sentriol.

Metafasa

Sentrosom berada pada kutub sel yang bertentangan. Gentian gelendong menetapkan kromosom dengan kromatidnya yang tersusun dalam satu barisan di tengah-tengah sel yang dikenali sebagai satah khatulistiwa. Kromatid kembar masih terikat di sentromer. Metafasa berakhir apabila sentromer berpisah untuk melepaskan ikatan kromatid kembar.

Anafasa

Sentromer membahagi dua dan kromatid kembar berpisah. Gentian gelendong memendek, mengecut, dan kromatid kembar tertarik ke kutub sel yang bertentangan. Apabila sampai di kutub, kromatid kini dikenali sebagai kromosom anak. Anafasa berakhir apabila kromosom anak sampai di kutub sel. Setiap kutub sel mempunyai satu set kromosom yang lengkap dan seiras.

Telofasa

Gentian gelendong menghilang. Kromosom membuka lilitan dan menjadi lurus serta berbentuk bebenang halus semula. Nukleolus terbentuk semula. Telofasa tamat apabila membran nukleus muncul semula bagi menyelaputi kromosom dua nukleus anak yang baru dengan sepenuhnya. Fasa telofasa diikuti oleh sitokinesis.

Animasi Mitosis

 

 

 

 

Gambar-gambar Mengenai Peringkat Mitosis

 

 

 

 

 

           Mitosis(I)                                        

Aplikasi Mitosis

Aplikasi mitosis yang melibatkan teknologi untuk menghasilkan sekumpulan anak/zuriat (klon) yang seiras dengan induknya dari segi genetik melalui pembiakan aseks, dikenali sebagai pengklonan. Dua teknik yang menggunakan aplikasi mitosis ialah teknik kultur tisu dan pengklonan.

Kultur Tisu

Teknik kultur tisu merupakan aplikasi mitosis yang digunakan untuk meningkatkan mutu dan hasil pengeluaran pertanian seperti pokok kelapa sawit, pokok getah, pokok orkid, dan pokok pisang. Kultur tisu ialah kaedah biak baka yang melibatkan pemindahan sel tunggal, cebisan tisu atau organ tumbuhan organisma tertentu secara in-vitro ke dalam larutan medium bernutrien. In-vitro (dalam kaca) merujuk kepada eksperimen yang dijalankan di luar badan organisma. Tujuan utama kultur tisu adalah untuk membiakkan sel tumbuhan untuk menghasilkan organisma baru yang sama dengan induknya dari segi fizikal dan kandungan genetik. Cebisan tisu atau sel yang telah diekstrak dimasukkan ke dalam bekas kaca yang mengandungi larutan medium bernutrien. Medium bernutrien biasanya terdiri daripada satu campuran kompleks glukosa, asid amino, garam mineral, dan semua bahan keperluan lain yang sesuai untuk pertumbuhan sel atau tisu. Medium nutrien juga mungkin mengandungi hormon tertentu. Medium bernutrien yang digunakan mestilah steril, mempunyai pH dan suhu yang sesuai serta mengandungi semua bahan nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan tisu atau sel. Teknik ini memerlukan pengawalan persekitaran tisu atau sel.
    Dalam teknik kultur tisu, sel tumbuh dengan membahagi secara mitosis untuk membentuk sel-sel baru dan akhirnya membentuk tumbuhan baru. Kelompok tisu baru yang terbentuk dalam teknik kultur tisu dinamakan kalus. Di antara bahagian tumbuhan yang boleh dikulturkan ialah tisu meristem, tunas pucuk, daun, hujung akar, dan embrio. Teknik kultur tisu telah digunakan dengan meluas dalam penghasilan tanaman orkid, tomato, nanas, ciku, manggis, betik, getah, dan kelapa sawit di negara kita. Melalui teknik kultur tisu, beribu-ribu klon yang mempunyai ciri yang baik seperti mempunyai rintangan tinggi terhadap penyakit atau kemarau dihasilkan daripada sel soma yang diambil daripada tumbuhan induk. Teknik kultur tisu telah digunakan oleh agensi kerajaan seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Getah Malaysia, Lembaga Minyak Kelapa Sawit Malaysia, serta tapak semaian persendirian untuk membiakbaka tanaman bermutu tinggi dengan banyaknya.

 
          

           

             

                Klon Orkid                            Klon Durian                        Klon Rambutan

Pengklonan

 

Teknik Pengklonan dalam tumbuhan melibatkan penggunaan keratan batang suatu tumbuhan dalam pembiakan aseks, misalnya pokok bunga raya; tumbuhan baru atau klon yang seiras dengan tumbuhan induk dihasilkan melalui pembahagian sel secara mitosis. Teknik pengklonan dalam haiwan dapat menghasilkan sekumpulan klon yang menyerupai induknya dalam semua aspek; klon yang dihasilkan akan mempunyai kandungan genetik dan bilangan kromosom yang sama antara satu sama lain dan juga dengan induk.

 

 

                           

                        

                            Klon Dolly                                  Klon Lembu

 

Animasi Klon Dolly

 

 

 

 

 

 

Kebaikan Pengklonan:

Keburukan Pengklonan:

Index    Page2    Page3    Page4    Page5    Page6