Make your own free website on Tripod.com

Biologi -- Pembahagian Sel

Meiosis

 

Apakah Itu Meiosis?

Meiosis merupakan pembahagian sel yang berlaku pada organ pembiakan untuk menghasilkan sel pembiakan iaitu sel gamet. Gamet-gamet yang terbentuk mempunyai bilangan kromosom separuh daripada induk. Meiosis berlaku dalam haiwan dan tumbuhan.

Pengenalan Kepada Meiosis

Pada manusia dan haiwan lain, meiosis berlaku pada organ pembiakan jantan iaitu testis dan organ pembiakan betina iaitu ovari. Organ pembiakan jantan mengeluarkan gamet jantan, sperma; manakala organ pembiakan betina mengeluarkan gamet betina, ovum. Dalam tumbuhan berbunga, meiosis berlaku dalam organ pembiakan jantan iaitu anter, yang mengeluarkan hasil gamet jantan; butir debunga. Meiosis juga berlaku dalam organ pembiakan betina iaitu ovari, yang menghasilkan gamet betina; ovum. Ciri-ciri pada sesuatu organisma dikawal oleh gen yang terkandung dalam kromosom. Semasa proses persenyawaan, sperma bercantum dengan ovum membentuk zigot yang mempunyai gen daripada kedua-dua induk. Maka, ciri-ciri induk diwariskan kepada anak melalui proses meiosis. Sel gamet mempunyai kromosom yang wujud dalam keadaan tidak berpasangan iaitu dalam keadaan haploid. Bilangan kromosom dalam sel induk dikurangkan daripada diploid kepada haploid dalam gamet melalui proses meiosis. Semasa persenyawaan, zigot yang terhasil adalah diploid dan akan berkembang menjadi organisma baru. Sekiranya meiosis tidak berlaku, sel gamet akan kekal diploid dan semasa persenyawaan, bilangan kromosom akan mengganda dan akan menyebabkan bilangan kromosom pada setiap generasi tidak dapat dikekalkan. Meiosis perlu untuk menjamin sel gamet yang terhasil mempunyai bilangan kromosom haploid.

 

 

 

 

 

 

 

Kepentingan Meiosis:

Index    Page2    Page3    Page4    Page5    Page6