Make your own free website on Tripod.com

Biologi -- Pembahagian Sel

Peringkat Proses Meiosis (I)

Peringkat Meiosis

Dalam proses meiosis, kromosom akan menjalani penggandaan sekali sahaja tetapi sel akan membahagi sebanyak dua kali dan sebanyak empat anak sel terhasil. Meiosis melibatkan dua proses pembahagian sel yang berlaku secara berturut-turut, iaitu: meiosis I (pembahagian nukleus pertama) dan meiosis II (pembahagian nukleus kedua). Meiosis I dibahagikan kepada Profasa I, Metafasa I, Anafasa I, dan Telofasa I manakala Meiosis II dibahagikan kepada Profasa II, Metafasa II, Anafasa II, dan Telofasa II. Peringkat-peringkat dalam proses meiosis adalah seperti berikut:

Animasi Meiosis

 

 

 

 

Meiosis I

 

Profasa I

Kromosom memendek dan menebal. Setiap kromosom mengandungi 2 kromatid. Kromosom homolog berpasangan; keadan ini dikenali sebagai sinapsis dan membentuk bivalen. Pindah silang berlaku di kiasma. Membran nukleus dan nukleolus menghilang.

Metafasa I

Setiap kromosom homolog bergerak di sepanjang gentian gelendong dan kromosom homolog tersusun pada satah khatulistiwa sel.

Anafasa I

Setiap kromosom homolog berpisah dan ditarik oleh pengecutan gentian gelendong ke dua kutub sel yang bertentangan.

Telofasa I

Kromosom sampai ke kutub. Membran nukleus dan nukleolus terbentuk semula. Sitokinesis berlaku; pencerutan sitoplasma berlaku di tengah sel menghasilkan dua sel anak.

Animasi Meiosis(I)

 

 

 

 

 

Untuk perhatian: Interfasa di antara Meiosis I dan Meiosis II adalah singkat; tiada pertumbuhan sel dan sintesis DNA.

Index    Page2    Page3    Page4    Page5    Page6