Make your own free website on Tripod.com

Biologi -- Pembahagian Sel

Peringkat Meiosis (II)

Meiosis II

Profasa II
Kromosom memendek dan menebal semula. Gentian gelendong terbentuk. Terdapat dua kromosom dalam setiap sel anak. Membran nukleus dan nukleolus menghilang.

Metafasa II
Kromosom tersusun pada satah khatulistiwa.

Anafasa II
Sentromer membahagi dua kromatid. Kromatid berpisah dan bergerak ke kutub sel yang bertentangan. Setiap kromatid dikenali sebagai kromosom.

Telofasa II
Kromosom sampai ke kutub. Membran nukleus dan nukleolus terbentuk semula. Sitokinesis berlaku; pencerutan sitoplasma di tengah sel menghasilkan empat sel anak.

 

 

 

 

 

 

 

Animasi Meiosis (II)

 

 

 

 

 

Sitokinesis

Fasa Telofasa mitosis dan meiosis kemudian diikuti oleh proses sitokinesis untuk menghasilkan dua atau empat sel anak. Sitokinesis yang berlaku pada sel haiwan dan sel tumbuhan adalah berlainan. Perbezaan sitokinesis antara sel haiwan dan sel tumbuhan adalah seperti yang berikut:

Sel haiwan
Sitokinesis berlaku melalui pencerutan membran plasma di bahagian tengah sel; pencerutan akan berlaku sehingga dua atau empat sel anak terbentuk.

 

 

 

 

 

Sel tumbuhan
Sitokinesis bermula dengan pembentukan plat sel di tengah-tengah sel; plat itu terus berkembang ke arah luar sehingga sampai di membran plasma dan menjadi lengkap apabila dinding sel baru terbentuk di antara dua nukleus baru. 

 

 

 

 

 

Index    Page2    Page3    Page4    Page5    Page6